Selasa, 17 April 2018

Zaid Ibrahim panggil DAP parti 'Cina'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim mendakwa DAP yang dianggotainya sejak 12 bulan lalu sebagai sebuah “parti Cina”.
 
Kenyataan terbaru beliau ini dikatakan selepas gagal mendapat ruang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
“Parti Cina dalam Pakatan Harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.
 
“Parti-parti Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,” tulisnya di Twitter.
 
Zaid yang juga bekas menteri undang-undang adalah antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis imej parti Cina yang dilontar pada mereka.
 
Zaid pun berulang kali menyatakan komitmen beliau memerangi persepsi tersebut seolah-olah seperti kesungguhan pihak berkuasa memerangi ideologi songsang.
 
Sebelum ini, Zaid pernah menyifatkan dirinya senasib dengan pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw yang tidak dicalonkan pada PRU14.
 
Seng Giaw tidak dicalonkan sebagai ahli parlimen Kepong selepas memegang kerusi itu selama lapan penggal.
 
“Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan”, jelasnya.
 
Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon parlimen Teluk Intan.
 
Guan Eng berkata Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri pusat jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU14 pada 9 Mei ini.
 
 

Tiada ulasan: