Khamis, 19 April 2018

Wan Nawawi sahkan tanding Parlimen Kuala Terengganu

Nur Fazlizai Ali, Astro Awani
Wan Nawawi sahkan tanding Parlimen Kuala Terengganu
Datuk Wan Nawawi (depan) melakukan pengesahan ibu jari terakhir sebagai penjawat awam di Wisma Darul Iman pada Khamis.
 
 
KUALA TERENGGANU: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail mengesahkan akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Wan Nawawi yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau juga akan menamatkan perkhidmatannya pda 22 April ini.
 
Wan Nawawi menganggap pencalonan ini sebagai takdir untuk terus berkhidmat dalam arena politik.

Jelasnya, segala pengalaman yang ada akan dicurahkan sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Insya-Allah saya akan dapat melalui kehidupan sebagai seorang ahli politik kerana saya juga terlibat dalam dunia politik.

"Saya pernah terlibat dalam pergerakan Pemuda UMNO, bahagian dan sebagainya," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Iman pada Khamis.

Wan Nawawi, 61 yang mula dilantik menjadi SUK sejak 3 Ogos 2016 sepatutnya menamatkan tugas pada 1 Jun depan.

Beliau memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu pada 1 Julai 1981. 
 
 

Tiada ulasan: