Sabtu, 28 April 2018

Tian Chua boleh kemuka bantahan di mahkamah - SPR

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Calon PKR, Tian Chua yang tidak berpuashati apabila kertas pencalonannya ditolak boleh mengemukakan petisyen bantahan di mahkamah.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh mahkamah kelak.
 
“Kalau tak puashati boleh kemukakan di mahkamah, kita tengok dahulu apa keputusannya,” katanya dalam dalam sidang akhbar sempena Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di sini hari ini, lapor Utusan Online.
 
Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya menerima 1,984 kertas pencalonan membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tempoh pencalonan tamat.
 
Menurutnya, terdapat 11 kertas pencalonan ditolak atas beberapa sebab manakala terdapat seorang calon menarik diri.
 
“Seorang calon disahkan menang tanpa bertanding iaitu calon Barisan Nasional (BN) di N.27 Rantau iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: