Khamis, 26 April 2018

‘Tercalon atau tidak perkara biasa’

KEADILAN DAILY

a81939ef-eea5-4b05-ab05-721e6c6d4442

Calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa mereka yang tidak terpilih untuk menatang amanah sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-14 agar berlapang dada.

Menurutnya, pengguguran penyandang kerusi Parlimen dan DUN daripada bertanding dalam pilihan raya adalah perkara yang biasa berlaku.

“Tiada apa-apa. Ia perkara biasa dalam politik,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan di Petaling Jaya hari ini.

Diminta mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata: “Ia perkara biasa dalam pilihan raya umum. Adakala anda terpilih, adakala tidak.”

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa persepsi KEADILAN berpecah hanyalah mainan Umno BN.

Beliau menegaskan hanya ada satu kem dalam parti itu.

“Bagi kami, hanya ada satu kem – kem saya,” katanya.

“Itu yang diperkatakan. Itulah persepsinya dan tentulah BN akan cetuskan perselisihan,” katanya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Tiada ulasan: