Khamis, 19 April 2018

Tak Setuju Dengan Pencalonan Mat Sabu, Ketua Amanah Kota Raja Keluar Parti

 
 



Tidak bersetuju dengan pencalonan Mohamad Sabu sebagai calon Amanah bagi Parlimen Kota Raja menyebabkan ketua Amanah kawasan itu keluar parti, dakwa Facebook ‘Anak Muda Memerintah’.

Facebooker itu merujuk kepada kenyataan Pengarah Pilihan Raya Selangor merangkap Ketua Amanah Kota Raja, Cikgu Jaafar Samsuddin yang mengumumkan perletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta hari ini.

“Ramai yang berpendapat berlaku konflik yang serius di antara Cikgu Jaafar dengan bakal calon bagi Kota Raja iaitu Presiden Amanah Negara Mat Sabu. Apa yang berlaku kini bakal menjejaskan peluang untuk Presiden Parti Amanah Negara pada PRU14 setelah lari dari bertanding di negeri Kedah,”dakwa facebooker itu.

Menurutnya, Cikgu Jaafar merupakan salah seorang pemain utama politik Amanah di Selangor maka alasan beliau keluar parti untuk menumpukan kepada keluarga adalah tidak kukuh.

“Alasan yang beliau berikan adalah kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga. Alasan ini dilihat tidak kukuh kerana selaku Pengarah Pilihanraya, beliau sepatutnya mengemudikan perjalanan pilihnraya bukannya letak jawatan ketika saat-saat genting seperti ini,”katanya lagi.

Cikgu Jaafar dalam kenyataan beliau kepada Malaysia Dateline turut menyentuh isu pencalonan beliau di Parlimen Kota Raja dan DUN Meru.

“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih.

“Cuma saya rasa seolah-olah apa yang saya lakukan selama ini untuk parti tidak dihargai dikalangan pimpinan negeri.

“Saya sudah lama berfikir (untuk buat keputusan) dengan harapan memberi ruang kepada kepimpinan menghargai saya tetapi sebaliknya ia tidak berlaku, lebih baik saya mengundur diri.

‘Buat masa ini saya memikirkan lebih baik saya bersara daripada politik dan berehat,” ujarnya yang akan memberikan lebih tumpuan kepada kerja dakwah dan bersama keluarganya.

Beliau turut berkata peranannya sebagai pemimpin Amanah tidak dihargai apabila pandangannya tidak didengari sama ada di peringkat Amanah Selangor dan peringkat nasional parti.

“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.

“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.

“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” dakwanya yang berkata keputusan diambil itu atas kerelaan tanpa paksaan mana-mana pihak.

Tiada ulasan: