Rabu, 18 April 2018

SPR pelu jamin tiada perubahan tempat mengundi saat akhir’

KEADILAN DAILY

 

semak-pusat-mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi jaminan yang tiada perubahan tempat mengundi akan berlaku pada saat-saat akhir hari mengundi.

Calon timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat gesaan tersebut selepas orang ramai boleh menyemak lokasi membuang undi mereka hari ini.

“Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan sistem semakan daftar pemilih pilihan raya umum ke-14 yang awal bermula pada hari ini amatlah dialu-alukan.

“Sungguhpun begitu saya menuntut jaminan SPR tiada lagi perubahan tempat mengundi di saat-saat akhir. Perubahan pusat mengundi mungkin berlaku berikutan dengan persempadanan baru bagi PRU14,” katanya.

Presiden Pakatan Harapan itu turut menggesa orang ramai agar menyemak tempat mengundi mereka dengan lebih awal demi menyelamatkan negara.

“Saya menyeru para pengundi untuk menyemak maklumat tempat mengundi dengan lebih awal untuk mengelakkan kekeliruan dan kesulitan semasa hari mengundi.

“Setiap undi adalah berharga. Setiap undi akan menentukan masa depan negara,” katanya.

Orang ramai boleh menyemak tempat mengundi mereka menerusi pautan laman web SPR di https://pengundi.spr.gov.my/

Proses penamaan calon akan berlangsung pada 29 April sementara proses membuang undi jatuh pada 9 Mei 2018.

Tiada ulasan: