Rabu, 18 April 2018

Selepas PAS Umum Calon Di Permatang Pauh, Wan Azizah Lari Ke Pandan







Sebaik sahaja anak bekas Imam Masjid Negara Allahyarham Datuk Taib Azamudden, Afnan Hamimi diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Permatang Pauh, sebuah portal meramalkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut kecut perut dan boleh lari waktu malam.

“Silap-silap boleh lari malam penyandang kerusi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kalau macam ini.

“Selalunya Wan Azizah yang mesra dipanggil Kak Wan menang mudah dengan undi PAS di kawasan tersebut, tapi jika PAS letak calon, teruklah PKR,” ulas portal Agendadaily.

Seperti mengesahkan ramalan portal itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Wan Azizah mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh dan memilih untuk bertanding di salah satu Parlimen di Selangor.

“Pengumuman (rasmi) akan dibuat tidak lama lagi,” kata Saifuddin kepada The Star.

Bagaimanapun Saifuddin berkata kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah ‘hak milik keluarga Anwar’, justeru itu nama Nurul Izzah disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen tersebut.

Sebelum ini Nurul Izzah adalah penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Wan Azizah dilaporkan FMT mengesahkan beliau sedang mempertimbangkan hasrat untuk melepaskan Parlimen Permatang Pauh dan meneroka sebuah kerusi di Selangor iaitu Parlimen Pandan.

“Suatu jawatankuasa ditubuhkan untuk lihat bagaimana dan dimanakah saya akan bertanding, termasuk kerusi Pandan,” katanya.

Tiada ulasan: