Khamis, 19 April 2018

Sah Guan Eng pertahan DUN Air Putih

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TANJONG TOKONG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini mengesahkan bakal mempertahankan kerusi DUN Air Putih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Pengumuman dibuat Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow di Tanjong Bungah hari ini.
 
DAP Pulau Pinang turut menamakan bekas ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai calon gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera pada PRU.
 
Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadi wakil rakyat kawasan Air Itam selama dua penggal itu akan menggantikan Zairil Khir Johari  yang akan bertanding di DUN Tanjung Bungah.
 
Bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera itu akan bertanding di kerusi yang diwakili bekas wakil rakyat mereka, Teh Yee Cheu yang sudah keluar dari parti itu dan bertanding atas tiket bebas pada PRU ke PRU14 kali ini.
 
Bagi kerusi Dun Pulau Tikus pula, Dap mempertaruhkan muka baru iaitu bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit.
 
Beliau dipilih selepas penyandang kerusi itu sebelum ini, Yap Suey Huey tidak mempertahankan kerusi berkenaan kerana menyambung pengajian di luar negara.
 
 

Tiada ulasan: