Khamis, 26 April 2018

Puad Zarkashi boleh dipecat jika bertanding calon Bebas

Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Batu Pahat Datuk Mohd Puad Zarkashi bakal dipecat keahliannya jika bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan hari ini.
 
“Kalau dia jadi calon bebas dia automatik gugur sebagai ahli," katanya kepada pemberita selepas majlis khidmat cemerlang di YPC International College di sini.
 
Dalam ucapannya, Ku Nan merayu agar rakyat membuat keputusan yang betul dalam PRU14.
 
"Saya percaya apa yang tertera dalam manifesto pusat dan wilayah persekutuan akan tercapai kerana kita ada kerajaan yang janji ditepati," katanya.
 
"Cuma saya boleh merayu kepada kalian jangan kita dengar guruh dilangit kita buang air ditempayan akhirnya hujan tak turun kita semua yang kehausan," tambahnya.
 
 

Tiada ulasan: