Selasa, 24 April 2018

PRU14: DAP bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Sarawak

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUCHING: DAP mengesahkan akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan itu selepas ceramah diadakan di Bilik Operasi DAP di Batu Kawa di sini, malam tadi.
 
Lima kerusi terbaru diumumkan ditandingi pada malam tadi ialah Parlimen Bandar Kuching yang mempertaruhkan Kelvin Yii, Stampin (Chieng Jen), Mas Gading (Mordi Bimol), Serian (Edward Luwak)dan Bintulu (Tony Chan Yew Chiew). 
 
Empat kerusi lagi telah diumumkan baru-baru ini iaitu Alice Lau (Parlimen Lanang),Oscar Ling (Parlimen Sibu), Wong Lin Biu(Parlimen Sarikei) dan Paren Nyawi di Parlimen Kapit.
 
Pada kali ini DAP menampilkan tiga muka baru iaitu di Serian, Bintulu dan Bandar Kuching manakala selebih merupakan muka lama yang pernah bertanding sebelum ini.
 
Pengumuman calon itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
 
Pada PRU-13, DAP Sarawak berjaya memenangi kerusi Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.
 
 

Tiada ulasan: