Khamis, 26 April 2018

PRU14: BN Perlis kemuka 10 calon baru

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KANGAR: Barisan Nasional (BN) Perlis mengemukakan 10 muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Seorang muka baru ditampilkan untuk kerusi Parlimen dan sembilan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN, termasuk dua calon wanita.
 
Senarai yang diumumkan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga menyaksikan 10 penyandang digugurkan.
 
Bekas Senator yang juga Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Kangar, Ramli Sharif diumum sebagai muka baru bagi kerusi Parlimen Kangar.
 
Muka baru DUN pula ialah Tee Chai Aan (Titi Tinggi), Rozaini Rais (Beseri), Siti Berenee Yahya (Mata Ayer), Azizan Sulaiman (Santan), Chuah Tian Hee (Indera Kayangan) dan Hamizan Hassan (Kayang).
 
Selain itu, Roziena Ahmad (Pauh), Afifi Osman (Guar Sanji) dan Che Zaidi Saidin (Sanglang).
 
Pengumuman itu juga menyaksikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berpindah dari DUN Pauh ke DUN Bintong.
 
Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal di kerusi yang disandangnya iaitu Parlimen Arau manakala adiknya, Datuk Ismail Kassim dikekalkan sebagai calon untuk mempertahankan kerusi DUN Tambun Tulang.
 
Tiga penyandang yang dikekalkan adalah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Parlimen Padang Besar), Asmaiza Ahmad (DUN Chuping) dan Nurulhisham Yaacob (DUN Simpang Empat).
 
Calon lain yang membuat kemunculan semula pula adalah Azihani Ali di DUN Sena dan Datuk Azam Rashid di DUN Kuala Perlis.
 
Berikut senarai calon Barisan Nasional 
 
PERLIS P001: PADANG BESAR: Datuk Zahidi Zainul Abidin (penyandang)
 
N.01 Titi Tinggi: Teh Chai Aan (baharu)
N.02 Beseri: Rozaini Rais (baharu)
N.03 Chuping: Asmaiza Ahmad (penyandang)
N.04 Mata Ayer: Siti Berenee Yahya (baharu)
N.05 Santan: Azizan Sulaiman (baharu)
 
P002: KANGAR: Ramli Sharif (baharu)
 
N.06 Bintong: Datuk Seri Azlan Man
N.07 Sena: Azihani Ali 
N.08 Indera Kayangan: Chuah Tian Hee (baharu) 
N.09 Kuala Perlis: Datuk Azam Rashid 
N.10 Kayang: Hamizan Hassan (baharu)
 
P003: ARAU: Datuk Seri Shahidan Kassim (penyandang)
 
N.11 Pauh: Rozieana Ahmad (baharu)
N.12 Tambun Tulang: Datuk Ismail Kassim (penyandang)
N.13 Guar Sanji: Afifi Osman (baharu)
N.14 Simpang Empat: Nurulhisham Yaakob (penyandang)
N.15 Sanglang: Che Zaidi Saidin (baharu)
 
 

Tiada ulasan: