Rabu, 4 April 2018

PRU 14 : Geng Kartel Keluarkan Nik Nazmi Tanding Di Luar Selangor ?





Sungguhpun berjawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor, namun kedudukan itu tidak menjamin Nik Nazmi Nik Ahmad kekal bertanding di DUN Seri Setia yang pernah dimenangi sejak dua penggal yang lalu.

Nik Nazmi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat dikatakan kini telah ditekan secara dalaman untuk mengosong kerusi DUN itu dan bakal dikeluarkan daripada salah seorang calon PKR Selangor.

Difahamkan tekanan hebat dibuat terhadap Nik Nazmi kerana beliau bukan penyokong setia Geng Kartel pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Walaupun sebelum ini ramai kritikan Nik Nazmi lembab namun dalam percaturan ini kelihatan Nik Nazmi cekap jauh ke depan.

“Walaupun dia ditekan dipaksa mengosongkan kerusi DUN untuk bertanding parlimen di mana dia akan kehilangan kerusi (mewah) Exconya tapi langkah dia membawa Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk umumkan calon-calon berlabel AMK khususnya Di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan dilihat langkah berani ketika kerusi dan agihan calon masih belum muktamad,” dedah Badrul Hisham Saharin dalam Facebook.



Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard merupakan penyokong kumpulan anti-Kartel yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Masa Depan Bersama’ pimpinan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR 2014.

Bagaimanapun Saifuddin tewas kepada Azmin Ali merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan tersebut.

Sedangkan Nurul Izzah dan Rafizi menang jawatan Naib Presiden PKR bersama dengan kumpulan Kartel Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Di peringkat kepimpinan wanita PKR, Geng Kartel hampir menyapu kemenangan bersih barisan kepimpinan pro-Azmin yang diketuai Zuraida Kamaruddin.

Manakala di peringkat AMK berlaku semacam kompromi-calon Ketua AMK dari Geng Kartel, Amiruddin Shaari yang diramalkan menang mudah, tewas secara mengejut kepada Nik Nazmi untuk jawatan tersebut.

Sedangkan calon Timbalan AMK dan semua calon Naib AMK dari Geng Kartel menang sepertimana yang diramalkan.

Mengukuhkan lagi konspirasi itu, Azmin telah melantik sebagai Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, namun dalam masa sama turut melantik pengikut setianya, Amiruddin Saari sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.

Mengulas spekulasi Nik Nazmi bakal dikeluarkan bertanding di Selangor, CheguBard berkata ia adalah strategi Azmin untuk kekal bertapak di negeri itu dan untuk menghadapi pemilihan PKR selepas PRU 14.

“Azmin sedang berusaha menempatkan sebanyak mungkin calon pro Kartel Azmin kerana selepas PRU ialah masa terbaik dia bertemu get bagi merebut Presiden PKR.

“Dia juga sedang berusaha berusaha bersungguh sungguh untuk calon calon khususnya DUN Di Selangor orang dia bagi memastikan kedudukan MBnya…,”katanya

Tambah CheguBard, Geng Kartel sedang giat membina dinasti dan kronisma dalam parti apabila beberapa orang pendokong utama kumpulan itu sedang melobi anak masing-masing menjadi calon PRU 14.
Farah Afzan Faridi
“Cuma beberapa orang dia (Azmin) ambil kesempatan kesungguhan Azmin ini memastikan kerusi MB kekal dengan menempatkan anak – anak mereka sebagai calon PRU juga.

“Zuraidah dan Xavier dikatakan antara yang punya usaha bagi meletakkan anak mereka sebagai calon PRU.

“Paling mengundang senyum bila ada yang menentang dan melihat ia sebagai nepotisma maka dijawab dengan biadap iaitu keluarga Anwar boleh kenapa mereka tidak boleh sedang mereka berjuang juga,”katanya lagi.

Difahamkan anak Zuraida yang dimaksudkan CheguBard itu kepada Farah Afzan Faridi yang kini aktif sebagai Naib Ketua Srikandi PKR.
AMK Baru Geng Kartel
Dan anak Xavier pula merujuk kepada Sangetha Jeyakumar, Naib Ketua AMK pusat.

Tahun lepas, AIDCNews mendedahkan AMK Selangor yang dilihat berpihak kepada Azmin sedang giat melobi untuk menjadi calon-calon PRU di negeri itu.

“Nik Nazmi Nik Ahmad yang sebelum ini penyandang di DUN Seri Setia dipindahkan ke Parlimen luar Selangor iaitu Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur…(namun) YB Amirudin Shari dikekalkan bertanding di DUN Batu Caves,” laporan AIDCNews dipetik.

Selanjutnya, sila baca :
AMK Sedang Giat Lobi Jadi Calon Di Selangor
PRU 14 : Enam Kartel Azmin Perlu Dikalahkan- Inner Circle Amanah
Geng Kartel PKR Buat Mesyuarat Tertutup Agih Dana PRU 14 ?

Tiada ulasan: