Selasa, 24 April 2018

Polis sahkan penemuan motosikal suspek bunuh Dr Fadi


Polis sahkan penemuan motosikal suspek bunuh Dr Fadi

Polis mengesahkan penemuan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes bunuh Dr Fadi Mohammed Al Batsh, berhampiran Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata motosikal itu ditemui dalam keadaan baik dan siasatan sedang dijalankan ke atas motosikal berkenaan.

“Ya, polis memang ada temui motosikal itu yang disyaki digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan itu.

“Namun, saya tidak boleh mendedahkan butirannya berikutan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Peringkat Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Difahamkan, motosikal yang ditinggalkan berhampiran tasik itu ditemui orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis pada kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Tiada ulasan: