Rabu, 25 April 2018

PKR akan kekalkan kemenangan kerusi pada kali ini

Oleh Umi Faten Nadia Ezhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang yang dikenali sebagai Port Dickson, Datuk Kamarul Baharin Abbas menafikan beliau digugurkan sebagai calon PRU14 disebabkan faktor “tidak buat kerja.”
 
Malah, katanya, pengundi Port Dickson amat menyokong beliau.
 
Beliau menegaskan istilah digugurkan tidak tepat kerana sebenarnya beliau sudah tidak berminat untuk bertanding. 
 
Oleh yang demikian beliau tidak ditawarkan tempat untuk bertanding, tambahnya.
 
"Digugurkan kurang tepat. Saya kurang minat untuk dipilih sebagai calon semula. Maka tidak ditawarkan,” katanya. 
 
Kamarul memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan majoriti 2,804 undi pada 2008 berjaya  mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan kelebihan 1,185 undi selepas mengalahkan Mogan yang memperoleh 28,269 undi dan calon Bebas, Datuk Seri Kamaruddin Kumaravel Abdullah yang mendapat 394 undi.
 
Rosman Jonet kini menggantikan Kamarul di Port Dickson.
 
"Insyaa Allah calon kelulusan profesional akan teruskan kemenangan. Tak timbul nak rampas daripada sesiapa," katanya kepada Antarapos sebentar tadi.
 
PKR hari ini turut menamakan Roseli Abdul Gani untuk mencabar penyandang Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan calon PAS, Mustafa Dolah.
 
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR dalam satu kenyataan hari ini menyenaraikan 12 calon untuk bertanding di Negeri Sembilan yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan negeri,
 Aminuddin Harun di DUN Sikamat melawan calon PAS, Rahim Yusof dan personaliti program motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat daripada BN.
 
 

Tiada ulasan: