Rabu, 18 April 2018

Pemimpin pemuda positif dadah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA KUBU BHARU: Seorang pemimpin pemuda parti politik Bahagian Hulu Selangor ditahan selepas didapati positif dadah jenis syabu di rumahnya di Kampung Tengah, Batang Kali di sini, Sabtu lalu.
 
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan jam 2.15 pagi oleh sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor selepas menerima maklumat daripada orang awam.
 
Berita penahanan suspek yang dikaitkan dengan perbuatannya yang didakwa sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, turut tular di laman sosial sejak semalam.
 
Pegawai AADK Daerah Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, pihaknya membuat serbuan di rumah lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke Pejabat AADK untuk melakukan ujian saringan air kencing.
 
"Hasil maklumat yang diterima, kami membuat serbuan di rumah suspek di kampung berkenaan dan lanjutan daripada tangkapan itu, suspek dibawa ke pejabat untuk menjalani ujian saringan awal, yang didapati postif dadah jenis Metahamphetamine," katanya dipetik BH Online semalam.
 
Beliau berkata, suspek kemudiannya direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula dari hari tangkapan dibuat hingga 27 April ini.
 
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
 
 

Tiada ulasan: