Selasa, 17 April 2018

Mesej tular laman pautan SPR palsu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah mesej yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai laman pautan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini disahkan sebagai palsu.
 
Menurut sebenarnya.my, mesej itu meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan alamat pautan http://pengundi.spr.gov.my yang didakwa merupakan sebuah laman SPR yang palsu dan cuba mencuri data peribadi.
 
“Kononnya laman SPR dengan pautan http://pengundi.spr.gov.my adalah sebuah laman palsu yang cuba mencuri maklumat kad pengenalan.
 
“Sedangkan sebenarnya kedua-dua alamat pautan http://pengundi.spr.gov.my dan https://pengundi.spr.gov.my akan membawa pengguna ke laman SPR yang asli,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai dan menyebarkan mesej palsu berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: