Ahad, 15 April 2018

Mat Sabu: Pencalonan Nik Omar belum disahkan

MALAYSIAKINI
 
   
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu hari ini ditanya mengenai spekulasi bahawa Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di kerusi DUN Chempaka di Kelantan bagi mewakili parti itu.

Mohamad berkata beliau mendengar khabar mengenai kesediaan anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi ia belum disahkan secara rasmi.

"Setakat ini saya dengar daripada Kelantan begitu rupa tetapi belum lagi disahkan secara rasmi.
"Tetapi dengar khabar memang begitu. Dia bersedia.

"Kalau betul sah dia akan bertanding, Chempakalah tempatnya," katanya kepada pemberita di Subang hari ini.


Baca: Nik Omar selangkah lagi sertai AMANAH?


Nik Omar merupakan anak kedua Allahyarham Nik Aziz dan merupakan abang kepada anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh dari PAS.

Awal pagi ini, sumber dari AMANAH Kelantan berkata Nik Omar secara peribadi telah mengesahkan niat untuk bertanding di DUN Chempaka tetapi mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan ibunya.

"Nik Omar tak datang hari ini," kata sumber itu ketika ditemui di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur ketika Mohamad memberikan taklimat kepada bakal calon parti berkenaan.

"Sebabnya masih rahsia tetapi InsyaAllah dia akan datang (dan bertanding). Dia telah sahkan tetapi dia masih mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan ibunya," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa ibu Nik Omar dan Nik Abduh, Tuan Sabariah Tuan Ishak, tidak memberikan restu terhadap keputusan tersebut.

Bagaimanapun, Malaysiakini hari ini melaporkan Nik Abduh menafikan abangnya itu akan menyertai AMANAH.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: