Khamis, 12 April 2018

Makin ramai rakyat Malaysia beli Mercedes

Wartawan MalaysiaGazette
IMBAS KEMBALI..Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) melihat kereta Mercedes Benz jenis GLE 450 sambil diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga kiri) dan Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (kiri) semasa melawat ruang pameran Wisma Yayasan PEKEMA di Sentral Star, Cyberjaya. pada 14 Januari 2017.foto FAREEZ FADZIL,.


KUALA LUMPUR – Jualan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bagi suku pertama tahun ini naik 13.2 peratus kepada 3,335 kenderaan berbanding suku yang sama pada tahun 2017.

MBM berkata, bulan Januari lepas sahaja telah mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 1,200 buah – naik 32 peratus berbanding Januari 2017.

“Mercedes-Benz kekal sebagai jenama premium terkemuka di Malaysia dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 2.8 peratus.

“Ini disebabkan strategi kami yang berteraskan pelanggan yang membawa kepada produk dan perkhidmatan yang unggul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, MBM juga komited untuk melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan pembangunan rangkaian.

Bagi tempoh di bawah kajian, limousin pemasangan tempatan dan kereta kompak, masing-masing menokok lapan peratus dan 37.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: