KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dipukul di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi
Sarif, berkata mangsa, berusia 53 tahun itu meninggal dunia di lokasi
kejadian.
"Kita terima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7.30 malam dan
sebaik pasukan forensik tiba di lokasi, pemeriksaan ke atas mangsa
mendapati ada kecederaan parah dipercayai akibat dipukul di bahagian
belakang kepala.
"Motif kejadian masih disiasat, kita sedang kenal pasti suspek dan
setakat ini pihak polis percaya ada petunjuk untuk mengesan suspek.
"Berdasarkan semakan awal, mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah
berkaitan kes dadah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Roy berkata, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah
siasat manakala kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan