Sabtu, 28 April 2018

Kes Cabul : Polis Siasat Seorang Calon Pakatan Harapan Kelantan






Seorang calon Pakatan Harapan disiasat polis kerana disyaki mencabul wanita yang baru selesai solat.

Calon bertanding di kerusi negeri dikatakan masuk ke bilik mangsa di sebuah hotel sekitar Februari 2017, lapor Malaysiakini.

Mangsa, 50-an, mahu bersolat zuhur ketika ketua bahagian sebuah parti politik itu memasuki biliknya.

“Kemudian dia terus solat sambil diperhatikan suspek yang membaringkan diri atas katil,” kata sumber.

Suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum mencium tangan dan pipi, malah bertindak lebih “liar” tetapi wanita itu sempat melarikan diri.

Mengesahkan aduan diterima pada Jun 2017, ketua polis daerah Kota Baru ACP Ismail Mat Sidik berkata kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan – projekmmo

Tiada ulasan: