Rabu, 25 April 2018

Kempen PAS ceria dan mesra

DR AZMAN IBRAHIM

 
 
KITA sebarkan kasih sayang dan persaudaraan sebelum PRU, sepanjang tempoh kempen PRU dan selepas PRU. Matlamat utama ialah kita nak ajak masyarakat mencapai kesejahteraan dengan Islam. Saya sangat yakin bahawa banyak tujuan boleh dicapai dengan senyuman tanpa menggunakan kekerasan atau menimbulkan ketegangan.
 
Baik pulih dan Islah yang kita nak buat dalam masyarakat boleh digerakkan tanpa perlu melukakan hati sesiapa. Islam adalah penyelamat. Guru saya pernah berpesan, bukan semua perkara hanya boleh diubah melalui peperangan kerana ada banyak kejayaan besar boleh dicapai dengan senyuman.
 
Kita melalui hari-hari yang sangat padat sepanjang tempoh kempen PRU14 ini dengan ceria dan bersemangat. Antara kuncinya ialah kerana kita bergerak dengan jasad dan jiwa sekali gus. Ia bukan lakonan olok-olok.
 
Kita meletakkan diri kita sebagai juru jual produk yang PAS tawarkan kepada rakyat dalam bentuk tawaran Manifesto pilihan raya. Sememangnya sepanjang tempoh yang agak lama mendampingi masyarakat bawahan, isu kos sara hidup, PTPTN, tekanan kenaikan harga keperluan harian serta rasuah dan salah tadbir urus negara antara yang menjadi antara perhatian utama rakyat.
 
Di sinilah PAS tampil dengan tawaran penyelesaian. Kita dapati Umno tak banyak hujah untuk menolak tawaran penyelesaian PAS. Mereka hanya mampu jaja dalam kampung, PAS nak ambil duit dari mana untuk menunaikan janji manifesto? Apa pemimpin Umno ingat kita nak tadbir negeri dan negara dengan duit tabung buluh. Kalau kita tanya balik, Umno tadbir negeri dan negara dengan guna duit Umno ke? Isu UG, RM 90 juta dan terima duit Umno dan dikeluarkan dari minda rakyat bawahan. Tutup buku!
 
*DR AZMAN IBRAHIM, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 
 
 

Tiada ulasan: