Isnin, 23 April 2018

Fuad Zarkashi bengang, tanding Bebas

Sitifatimah


Kecewa dianggap seperti sampah, akui sistem UMNO sudah rosak



BANGI – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan bertanding calon bebas ekoran namanya tidak tersenarai sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN). 

Memetik media tempatan, Puad Zarkashi akan bertanding di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sebagai calon bebas.

Spekulasi itu disahkan apabila BN Johor hari ini mengumumkan Haliza Abdullah sebagai calon di Parlimen Batu Pahat, bagi merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi PKR pada PRU13.

Meluahkan rasa kecewa dengan UMNO Puad berkata, beliau akan berperang melawan sistem yang rosak dalam parti itu.

“Saya memenangi kedua-dua pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya. Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004.

“Hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan “Perjuangan UMNO’. Tetapi bukan untuk kali ketiga. Cukup-cukup, saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. 

“Saya umpama seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya, even though saya MT yang dipilih,” katanya seperti dipetik Watan online.

Puad akan melepaskan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRU14.


Tiada ulasan: