Isnin, 2 April 2018

FAM terima peletakan jawatan TMJ

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebulat suara menerima peletakkan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden badan induk tersebut.
 
Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang turut menyaksikan Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden.
 
Kata Yusoff, FAM setuju menerima peletakkan jawatan tersebut selepas TMJ memberi penjelasan kepada barisan exco ketika mereka berada di Johor baru-baru ini.
 
"Kami berasa amat berat hati untuk menerima peletakkan TMJ namun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Saya juga ingin berterima kasih kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal yang mencalonkan saya sebagai pemangku presiden.
 
"Untuk jawatan Presiden FAM, kami barisan exco telah bersetuju untuk memilih Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sebagai presiden yang baharu pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai ini," katanya selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM sebentar tadi.
 
TMJ meletak jawatan berkenaan selepas genap setahun memimpin badan induk bola sepak tersebut selepas dilantik ke jawatan itu pada 25 Mac tahun lalu.
 
Peletakan jawatan itu selepas kecewa dengan segelintir pihak yang menyalahkan beliau berikutan kejatuhan ranking pasukan negara.
 
Untuk rekod berdasarkan ranking, Malaysia berada di kedudukan 178 dunia setakat 16 Mac lalu.
 
Malaysia sebelum ini menghuni anak tangga ke-175 pada Februari lalu yang juga merupakan kedudukan terburuk skuad Harimau Malaya.
 
 

Tiada ulasan: