Rabu, 18 April 2018

DAP Selangor Rampas Kerusi PAS, Letak Cucu Aktivis PKM Jadi Calon






Selain tidak membenarkan 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP pada PRU 13 dikongsi dengan parti kompenan Pakatan Harapan (PH) lain, parti itu berjaya merampas sekurang-kurang satu kerusi yang sebelum ini adalah milik PAS.

Kerusi itu adalah DUN Dusun Tua yang sebelum ini dimenangi ADUN PAS, Razaly Hassan.

Edry Faizal Yusof
Menurut sumber, calon DAP yang bakal bertanding di DUN berkenaan adalah Edry Faizal Yusof yang sebelum ini dilantik penyelaras DAP DUN Taman Templer.

Edry sebelum ini merupakan juga penyelaras organ DAP berbahasa Melayu, Roketkini dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Subang.

“Dusun Tua sepatutnya Young Syefura [Othman] bertanding tapi disebabkan beliau diumumkan di Ketari, Edry bakal mengisi kerusi itu,” kata sumber kepada ProjekMMO.

Jamaliah Jamaluddin (kanan), pembantu khas Yeo Bee Yin (kiri)
Seorang lagi calon baharu Melayu yang diangkat DAP adalah Jamaliah Jamaluddin yang bakal dicalonkan di DUN Kampung Tunku yang sebelum ini disandang ADUN DAP, Lau Weng San.

Jamaliah yang merupakan pembantu khas ADUN DAP Damansara Utama (nama baru Bandar Utama) Yeo Bee Yin merupakan cucu kepada aktivis Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh.

Sementara itu Lau Weng San pula berpindah ke kerusi DUN Banting, dulu dikenali Teluk Datuk.
Sumber-sumber DAP berkata pencalonan Jamaliah, seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sudah “hampir pasti”.

“Jamaliah dan lima lagi muka baru 95 peratus akan dicalonkan mewakili DAP di kerusi DUN Selangor,” kata satu sumber itu.

Dalam parlimen Petaling Jaya Utara, Kampung Tunku mempunyai kira-kira 20 peratus pengundi Melayu, 67 peratus Cina dan 12 peratus India.

DAP dilaporkan menampilkan empat muka baharu di DUN yang pernah dimenangi sebelum ini iaitu Lim Yi Wei di Bandar Utama (Damansara Utama), Michelle Ng di Subang Jaya, Lai Wai Chong di Teratai) dan Tony Leong di Pandamaran.

Manakala DAP mengekalkan muka lama di DUN majoriti pengundi Cina itu iaitu DUN Kinrara (Ng Sze Han), Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan), Bandar Baru Klang/Sungai Pinang (Teng Chang Khim),
Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Heong), Balakong (Ng Tian Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Bukit Gasing (Rajiv a/l Rishyakaran) dan Sekinchan : (Ng Suee Lim).

DAP juga dilaporkan telah berpindah DUN dengan PKR, di mana penyandang DUN Kota Alam Shah (nama baharu Sentosa), Ganabatirau a/l Veraman telah berpindah bertanding di DUN DUN Kota Kemuning (nama laman Sri Muda) yang sebelum ini disandang oleh ADUN PKR Mat Suhaimi Shafie.

Dengan persetujuan itu, Mat Suhaimi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor bakal bertanding di DUN Sentosa.

Tiada ulasan: