Ahad, 29 April 2018

Berkempen bawah pokok pun jadi..

Radzuan Hassan
Calon bebas, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz dengan rasmi diumumkan sah bertanding kawasan P.100 Pandan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.100 Pandan, Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 28 APRIL 2018.
Calon bebas, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz dengan rasmi diumumkan sah bertanding kawasan P.100 Pandan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.100 Pandan, Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
 

KUALA LUMPUR – Berpakaian busana Melayu siap bertanjak menjadikan calon bebas Parlimen Pandan pada PRU-14 menarik perhatian ramai.

Itu gaya bersahaja peguam muda, Mohd. Khairi Azam Abdul Aziz.

Berusia 41 tahun dan lebih dikenali sebagai Buzze Azam di media sosial itu menggunakan logo rumah sebagai calon.

“Saya menawarkan diri bertanding dan akan membuat manifesto sendiri tidak lama lagi dan akan berkempen..tidak kiralah di mana, bawah pokok pun jadi,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui selepas penamaan calon di sini hari ini.

Menurut Mohd, Khairi Azam, beliau sebelum ini menawarkan khidmat guaman sebaga cara berkempen dan akan meneruskannya sepanjang PRU-14.

Mempunyai firma guaman sendiri di Sentul, beliau juga terlibat dalam pembelaan kes melibatkan pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik dan kes melibatkan Sultan Johor.

Beliau juga peguam mewakili seorang individu di Gombak yang mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’.

“Baru semalam saya ada berbincang dengan ‘Sultan Melaka’ dan dia adalah pengundi di sini (Pandan),” katanya.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: