Ahad, 8 April 2018

Bawa Baby Bercuti, Nora Danish Teruk ‘Dihentam’!



BAGI meraikan berakhirnya tempoh pantang, pelakon dan model Nora Danish telah membawa anak keduanya, Neyqal Nedim Nazri ke Bali, Indonesia untuk berlibur.

Melalui perkongsian di Instagram, Nora membawa bayi yang mesra dengan nama timangan Ney Ney itu bercuti untuk kali pertama, tapi peminat mula mempersoalkan usia bayi itu terlalu kecil untuk dibawa berjalan.

Ada juga ‘mak cik-mak cik bawang’ yang tidak berpuas hati kerana berpendapat Nora lebih mementingkan diri daripada keadaannya yang dianggap masih belum ‘pulih’ sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, malah  gambar Ney Ney tidak berbaju ketika bersantai di tepi pantai juga dikecam netizen.

Tiada ulasan: