Rabu, 25 April 2018

Azwan Ali tayang borang penamaan calon

Muhammad Azizul Osman
Azwan Ali dijangka menentang abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Azwan Ali dijangka menentang abangnya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.


KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ini hadir ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membeli borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Adik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu akan menggunakan logo gajah sebagai tanda beliau mewakili calon bebas.

“Panas, panas, panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah,” katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian hari ini.

Azwan dipercayai membeli borang bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bagi mencabar abangnya, Azmin.

Beliau sebelum ini yakin keputusan untuknya bertanding dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Azmin menjadi kenyataan. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: