Rabu, 18 April 2018

Amanah tanding 10 kerusi DUN di Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah akan bertanding di 10 kerusi DUN Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata perkara itu dipersetujui dalam satu mesyuarat antara pimpinan Pakatan Harapan (PH) diadakan petang semalam.
 
Menurutnya, pengagihan kesemua kerusi DUN bagi parti komponen PH di Selangor selesai menerusi satu mesyuarat.
 
"Pengumuman rasmi mengenai nama calon dijangka akan dibuat 24 April nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Seksyen 7 di Shah Alam malam tadi.
 
Beliau berkata antara kerusi DUN yang bakal ditandingi Amanah adalah DUN Morib, Cempaka dan Hulu Klang.
 
 

Tiada ulasan: