Rabu, 21 Mac 2018

Sallehen ingatkan Azmin, PH Selangor akan tumbang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KEMAMAN: PAS Negeri Selangor mengingatkan Menteri Besar Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan itu bakal tumbang pada PRU14.
 
Ini kerana, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi kerajaan negeri PH yang diketuai PKR sudah memalukan serta menafikan hak 13 wakil rakyat PAS di negeri itu.
 
"Hari ini kita (wakil rakyat) dinafikan mendapat peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. PAS Selangor sama dengan PAS Terengganu yang tidak mendapat peruntukan kerajaan negeri masing-masing. 
 
"Mungkin Azmin Ali (Menteri Besar) berfikir dengan dia tidak beri peruntukan kepada kita, jadi payah untuk kita hendak jinakkan hati orang. Maknanya, dia (Azmin) tidak bergantung kepada Allah tetapi bergantung dengan duit, dengan makhluk. 
 
"Sambutan Karnival 10 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang kini PH. Semua Exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini kecuali Exco-exco daripada PAS. 
 
"Sedangkan, dia minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang Exco kita dimalukan dalam program itu. Kita masih lagi dalam kerajaan Selangor tetapi tidak diberikan peruntukan dan ini tidak berlaku dalam sejarah," katanya dipetik Harakahdaily.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-58 di Dewan Mujamma Pusat Pangajian Taman Islam, di sini kelmarin.
 
Ustaz Sallehen yang juga ADUN Sabak mengingatkan mengenai sejarah kejatuhan Kerajaan BN Selangor di mana tindakan Dr Mohamad Khir Toyo mantan Menteri Besar memalukan pegawai kerajaan dengan hadiah penyapu dibenci oleh rakyat.
 
"Saya teringat zaman Khir Toyo diakhir menjadi Menteri Besar Selangor tempoh hari. Khir Toyo menghadiahkan penyapu kepada seorang Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor. 
 
"Seluruh rakyat menjadi benci dengan perangai Khir Toyo kerana itu satu penghinaan. Seorang pegawai kerajaan dihina oleh Khir Toyo, Barisan Nasional tumbang di Selangor.
 
"Hari ini, 13 orang wakil-wakil rakyat PAS dan Exconya dimalukan oleh PKR, PH. PH juga akan tumbang di negeri Selangor, InsyaAllah," ujarnya disambut laung takbir hadirin.
 
Menurutnya, perjuangan PAS tidak bergantung harap kepada manusia semata-mata tetapi yakin dengan pertolongan Allah SWT.
 
Sebenarnya, kata Ustaz Sallehen lagi, duit tidak dapat menjinakkan hati-hati manusia tetapi Allah S.W.T yang boleh menjinakkan hati-hati manusia.
 
 

Tiada ulasan: