Selasa, 13 Mac 2018

Peniaga enggan pindah orang Umno, kata Nik Amar

 
 
Peniaga enggan pindah orang Umno, kata Nik Amar



Pas Kelantan menyifatkan peniaga pasar Pasir Puteh yang enggan berpindah hingga berlaku kekecohan semalam adalah orang Umno yang mahu menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan pesuruhjaya parti itu, Datuk Mohd. Amar Abdullah berkata kerajaan telah menyediakan pasar baru yang lebih selesa dan mereka yang telah berpindah berpuashati dengan tempat baru.

“Pasar baru yang disediakan kerajaan lebih strategik, kawasan lebih bersih dan tempat letak kereta lebih luas.

“Orang ramai juga menyatakan rasa lebih mudah untuk berurusniaga di tempat baru itu,” katanya dalam majlis ceramah malam tadi.

Pasar itu katanya milik kerajaan dan menjadi hak kerajaan untuk merobohkanya.

“Peniaga itu hanya menyewa dengan kerajaan.

“Tempat itu bukan milik mereka dan tidak hak untuk menghalang apa-apa keputusan pihak kerajaaan,” katanya.

Dalam kejadian semalam peniaga yang masih beroperasi di pasar lama membuat perisai manusia menghalang jentolak yang cuba meruntuhkan pasar itu.

Menurut persatuan peniaga sejumlah 375 daripada 500 Peniaga belum berpindah kerana tuntutan mereka akan didengar di Mahkamah pada 5 Mac ini.

Kekecohan berlaku sepanjang hari sehingga peguam bagi pihak peniaga mendapat perintah mahkamah supaya operasi merobohkan pasar itu ditangguhkan.

Tiada ulasan: