Isnin, 12 Mac 2018

PAS Terengganu tawar pusat pemulihan dadah jika menang PRU14



Naib-Ketua-Pemuda-PAS-Terengganu-Hilmi-Harun
Gambar Facebook.


PETALING JAYA: PAS Terengganu menawarkan pembinaan sebuah pusat pemulihan dadah sekiranya parti Islamis itu membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14.

Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Hilmi Harun berkata pembinaan pusat pemulihan dadah itu dimasukkan dalam manifesto negeri kerana PAS komited membendung punca kerosakan golongan muda.

“Permasalahan dadah ini sudah jadi isu rumit dan mesti diselesaikan. Jumlah penagih dadah di Terengganu 2017 adalah dianggarkan 10,000 orang,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook.

Hilmi berkata pusat pemulihan dadah PAS itu mau menangani masalah ketagihan dadah secara “holistik”, berteraskan 4 ciri, pertamanya, peningkatan iman dan penyucian jiwa.

“Kedua, memulihkan dari ketagihan mental dan fizikal. Ketiga, memberi latihan kerjaya dan kemahiran. Keempat, memberi pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Beliau berharap rakyat Terengganu menyokong “tawaran istimewa” itu demi kesejahteraan Terengganu.

Tiada ulasan: