Jumaat, 16 Mac 2018

Mahkamah tolak Liong Sik batal saman Najib

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik untuk membatalkan saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak ditolak berhubung penerbitan artikel yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan dana kerajaan.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan demikian selepas mendapati terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan.
 
Mahkamah turut memerintahkan Liong Sik selaku defendan untuk membayar kos sebanyak RM5,000.
 
Pada 27 Oktober 2015, Najib memfailkan saman tersebut rentetan kenyataan bekas Presiden MCA itu dalam akhbar Malay Mail bertajuk "MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket".
 
Najib selaku pihak plaintif menyatakan, Liong Sik telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini yang disiarkan dalam portal berita pada 3 Oktober 2014.
 
Liong Sik menurut pihak plaintif, didakwa membuat pernyataan berbaur fitnah itu dengan berniat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian.

Tiada ulasan: