Selasa, 13 Mac 2018

Kuching dilanda banjir kilat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUCHING: Beberapa kawasan di bandar raya Kuching dilanda banjir kilat, selepas hujan lebat berterusan selama kira-kira tiga jam sejak awal pagi tadi.
 
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah Jalan Gertak, Jalan Reservoir dan Jalan Tun Abang Haji Openg.
 
Selain itu, beberapa kawasan di sekitar blok baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) juga dinaiki air sedalam kira-kira 0.3 meter.
 
Banjir kilat itu mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar bandar raya ini.
 
 

Tiada ulasan: