Isnin, 12 Mac 2018

Jangan perlecehkan isu 1MDB, kata pengguna media sosial kepada Najib

THE MALASIAN INSIGHT
Jangan perlecehkan isu 1MDB, kata pengguna media sosial kepada Najib 
Perdana Menteri Najib Razak dilihat gagal menjawab dengan betul soalan berhubung hutang negara membabitkan 1MDB yang diajukan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali di Parlimen hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight
 
PERDANA Menteri Najib Razak hari ini mencetuskan kemarahan pengguna media sosial apabila beliau memperlecehkan skandal 1Malaysia Development Berhad dan sebaliknya berkata krisis air di Selangor merupakan "masalah yang lebih besar".

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Najib menjelaskan di Parlimen hari ini sekiranya hutang 1MDB membawa kepada peningkatan bayaran faedah hutang negara, yang berjumlah 12.5% daripada pendapatan negara pada 2016.

Najib bagaimanapun menjawab krisis air di Selangor lebih kritikal.

James Darrel Edwards mempersoalkan bagaimana Najib boleh menjawab soalan mengenai manifesto Pakatan Harapan tetapi gagal menjawab soalan berhubung 1MDB.

"Saya tengok video. Azmin bertanya tentang hutang negara. Najib menjawab krisis air di Selangor lebih teruk.

"Serius? Ini tahap beliau menjawab soalan? Oh tuhan. Dan mereka persoalkan manifesto pembangkang? Beliau sendiri pun tidak boleh jawab soalan dengan betul. Mengecewakan," tulis James.

Kebanyakan pengguna Facebook menyatakan rasa marah mereka berikutan kegagalan Najib menjawab soalan yang mudah.

Leonard Hing menyifatkan Najib sebagai "bodoh" dan mempersoalkan kepimpinan beliau.

"Ini merupakan jawapan balas paling bodoh yang beliau pernah buat. Bolehkah kita terus membiarkan orang yang langsung tidak tahu pasal kewangan, pengurusan dan ketelusan mentadbir negara kita?" kata Hing.

“Lain soalan ditanya, lain pula yang dijawab. Markah = 0”, kata Osman Wahid Zainal Abidinwahid dalam ruangan komen.

Selangor berdepan masalah gangguan bekalan air yang berlarutan selama enam hari minggu lalu berikutan kerja-kerja pembaikan.

Najib kemudiannya berkata isunya bukanlah jumlah hutang berkenaan tetapi keupayaan negara untuk membayar semula, dan dalam masa yang sama menyindir Azmin kerana bersikap defensif.

Pengguna Facebook yang lain turut membuat perbezaan antara 1MDB sebagai isu negara manakala masalah air hanya isu negeri.

“Hallo Mr PM, masalah air cuma di Selangor. Masalah 1MDB ada beberapa negara lain yang terpalit dan tercemar dengan urusan peggubahan wang haram itu,” kata Jakariya AJ.

Siȼ‏ (@sicfallacy) menerusi Twitter berkata, berdasarkan logik Najib, BN sepatutnya memfokuskan kepada kerusi negeri sahaja pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: