Rabu, 14 Mac 2018

Harga petrol, diesel turun

ISMA WEB

BANGI – Harga runcit minyak petrol dan diesel masing-masing turun antara 1 sen hingga 3 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.

Berdasarkan harga terbaharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 turun 3 sen menjadi RM2.18 seliter, berbanding RM2.21 seliter minggu lalu.

Sementara RON97 pula akan dijual RM2.45 seliter, berbanding RM2.47 seliter sebelumnya.
Diesel juga diumum turun 1 sen, menjadikan harga terbaharu kepada RM2.16 seliter.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 21 Mac depan.


Tiada ulasan: