Jumaat, 23 Mac 2018

DBKL tidak kompromi bahan kempen berunsur hasutan, fitnah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan-bahan kempen pilihan raya yang mempunyai unsur hasutan yang dipasang di sekitar ibu negara.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, unsur hasutan seperti poster gambar individu yang dipangkah akan ditanggalkan segera dan individu yang menaikkan poster pula boleh dikenakan kompaun.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018 anjuran Pusat Pakar Pergigian KPJ Kuala Lumpur, hari ini.
 
DBKL juga akan mengadakan rundingan dengan semua wakil parti politik berkenaan peraturan pemasangan bahan kempen di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, katanya. 
 
Mhd Amin berkata demikian dipercayai mengulas insiden, ada pihak yang menggantung kain rentang yang tertera 'Saya No!! To DJ' dan 'kami ahli Umno akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari', #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ.
 
Kain rentang itu dikatakan digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, yang kononnya didalangi ahli Umno.
 
Walau bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Titiwangsa Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin menafikan bahawa beliau terlibat dalam cubaan mensabotaj Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Ahli Parlimen kawasan itu.
 
Beliau menengaskan dirinya tidak ada kena mengena dengan dakwaan itu sehingga tersebar di media sosial sedangkan hubungannya dengan Johari tidak ada masalah.
 
 

Tiada ulasan: