Ahad, 18 Februari 2018

Tular remaja campak kon dari tingkat atas

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang remaja dikesan mencampak kon dari atas sebuah bangunan kediaman dipercayai sekitar ibu negara.
 
Tindakan liar remaja lelaki itu dirakam dan video gelagatnya sambil ketawa, selama 50 saat, tular di media sosial sejak semalam.
 
Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan remaja terbabit, lapor Metro Ahad.
 
“Setakat ini belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu (mencampak kon dari tingkat atas kediaman),” kata SAC Rusdi Mohd Isa.
 
Rakaman seorang remaja mengangkat kon lalu dicampakkannya, dimuat turun dari Instagram, turut dikongsi di Facebook.
 
Sementara itu pengguna media sosial pula mengecam perbuatan nakal remaja terbabit.
 
 

Tiada ulasan: