Selasa, 20 Februari 2018

Tiga beranak kerosakan motosikal dibantu Amal

SYED MOHD ZAIDI AL-YAHYA

 

GEORGE TOWN: Seorang ibu bersama dua anaknya menempuh dugaan setelah mengalami kerosakan motosikal ketika menunggang di Jambatan Pulau Pinang, di sini semalam.
 
Lebih memeritkan, kejadian itu berlaku dalam cuaca panas yang sangat terik dan kenderaan begitu banyak berikutan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
 
Namun, kesulitan mereka terurai dengan bantuan oleh beberapa anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang yang kebetulan menghala di laluan sama.
 

Menyedari masalah sedang dihadapi tiga beranak itu, anggota Amal yang baru pulang dari program Amal Masuk Kampung di Bayan Lepas segera memberi pertolongan.
Walaupun masih keletihan mencurah keringat pada program sebelumnya, mereka tetap menyantuni dengan menumpangkan kereta kepada keluarga tersebut.
 
Manakala motosikal yang rosak telah ditunda sementara menanti kehadiran suami mangsa terus ke bengkel membaik pulih motosikal di Seberang Jaya.
 
Takdir-Nya, kehadiran anggota Amal itu bukan sahaja tepat masanya, tetapi membuktikan kemurnian khidmat bakti tanpa sempadan dan kejituan motto "Beramal Kepada Allah" yang diikrarkan. -HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: