Khamis, 22 Februari 2018

Skandal tidak selesai punca indeks rasuah Malaysia jatuh




Skandal tidak selesai punca indeks rasuah Malaysia jatuh
Pengerusi Transparency International Malaysia Akhbar Satar ketika bercakap kepada pemberita selepas pelancaran CPI di Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin
 
KEGAGALAN Malaysia untuk menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan 1Malaysia Deveopment Berhad (1MDB), Tabung Haji, Felda menjadi antara faktor di sebalik penurunan Indeks Persepsi Rasuah 2017, menurut kumpulan anti rasuah antarabangsa hari ini.

"Skandal ini memberi kesan kepada skor kita," kata pengerusi Transparency International Malaysia Akhbar Satar pada pelancaran CPI di Kuala Lumpur, pagi ini.

Sehingga skandal ini diselesaikan kata Akhbar, kedudukan Malaysia akan terus jatuh dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Malaysia berada di tangga ke 62 bagi indeks itu tahun lalu, turun tujuh anak tangga daripada 2016, menjadikan ia sebagai kedudukan terendah sejak indeks Transparency International (TI) bermula pada 1995.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menarafkan 180 negara berdasarkan kepada tahap tanggapan mereka terhadap rasuah dalam sektor awam mengikut kepada kepakaran dan masyarakat perniagaan. Ia menggunakan skala 0 hingga 100 di mana 0 ialah sangat rasuah dan 100 sangat bersih.

Malaysia, sejak skor 52 diperoleh pada 2014, mencatatkan penurunan setiap tahun, melepasi mata pertengahan pada 2016 (49) dan mencecah 47 pada 2017.

"Kita berada di kedudukan sama dengan Cuba. Kita perlu lebih baik daripada itu," kata Akhbar.

Menurutnya, jika tidak kerana tindakan agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat tangkapan sejak beberapa tahun lalu, kedudukan Malaysia mungkin jauh lebih rendah.

Tambahnya, dalam kes 1MDB, SPRM telah membuat rayuan kepada Peguam negara untuk membuat pendakwaan: "Malangnya Peguam Negara berkata tiada kes.

"Akhbar berkata orang ramai harus memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyelesaikan skandal 1MDB dengan memuaskan.

Katanya, Malaysia juga perlu menyatakan faktor lain yang menyebabkan skor rendah indeks berkenaan, seperti sekatan kebebasan media, kekurangan akses kepada maklumat dan ketelusan dalam perolehan kerajaan, dan dasar pemberi maklumat yang cacat, antara lain.

"Pemberi maklumat yang melaporkan rasuah kepada media tidak dilindungi (oleh undang-undang) dan boleh didakwa. Ini perlu diubah jika kita serius dalam membanteras rasuah," kata Akhtar.

Dua pemberi maklumat, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad baru-baru ini dijatuhkan hukuman pejara 30 bulan kerana melanggar undang-undang perbankan untuk mendedahkan skandal National Feedlot Corp.

Akhtar berkata, adalah salah bagi kerajaan untuk memberi kontrak kepada kroni dan saudara-mara yang tidak kompeten, dan bukannya berdasarkan merit.

Katanya, penjawat awam dan masyarakat umum tidak boleh hanya mengharapkan SPRM sahaja, yang mempunyai 1,600 pegawai penyiasat, untuk membanteras rasuah.

"Sebagai penjawat awam, kamu mungkin tidak boleh halang ahli politik yang cuba (beri pengaruh tidak wajar) menggangu kamu, tetapi kamu boleh gunakan hak kamu untuk abaikan mereka.

"Ahli politik bijak. Mereka tidak akan berikan kamu 'arahan' bertulis. Apabila disiasat SPRM, kamu akan disiasat. Ahli politik akan melepaskan diri," kata Akhbar.

Ditanya apa yang bileh dilakukan rakyat Malaysia untuk membanteras rasuah pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata: "Terpulang kepada masyarakat umum, sekiranya mahu perubahan atau tidak. Kamu bijak. Kebanyakan mereka (ahli politik) adalah korup, pilih yang paling tidak korup."

Tiada ulasan: