Selasa, 20 Februari 2018

Sia-sia saja Felda melabur dalam Eagle High, kata pemerhati

THE MALAYSIAN INSIGHT

Sia-sia saja Felda melabur dalam Eagle High, kata pemerhati
International Palm Oil Monitor (IPOM) berkata laporan 'due diligence' yang dibuat berhubung pengabilalihan EHP oleh KPMG dan dilihat IPOM, jelas menunjukkan terdapat banyak salah laku dalam PT Eagle High Plantations Tbk (EHP). – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
FELDA melabur dalam syarikat kelapa sawit Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) yang bermasalah, kata pemerhati.

International Palm Oil Monitor (IPOM) berkata laporan 'due diligence' yang dibuat berhubung pengabilalihan EHP oleh KPMG dan dilihat IPOM, jelas menunjukkan terdapat banyak salah laku dalam syarikat itu.

"Antara lain ialah, masalah aliran tunai, kenaikan perolehan Eagle High, tidak patuh kepada undang-undang dan peraturan, hutang berlebihan dan jumlah yang sangat banyak yang perlu dibayar semula kepada bank, serta pengelakan cukai.

"Laporan itu juga memperincikan hutang tanpa faedah antara syarikat berjumlah AS$26 juta - yang mana menurut pengurusan Eagle High pada masa akan datang tidak akan dapat dibayar," kata IPOM dalam satu kenyataan.

Menurut IPOM, pembelian kontroversi EHP oleh Felda dari taikun Indonesia dari Rajawali Group, Peter Sondakh kini sudah hampir lebih setahun.

Felda, menerusi FIC Properties Sdn Bhd membeli 37% dari saham Eagle High pada harga kira-kira AS$500 juta, iaitu Rp5.80 (RM0.17) sesaham, dengan primium amat tinggi sebanyak 95% kepada harga saham penutupnya pada pembelian itu.

IPOM berkata perjanjian itu mendapat bantahan pengkritik serta pakar kerana terlampau mahal dan disebabkan masalah dalaman EHP.

Bagaimanapun, perjanjian itu diteruskan juga, menggunakan dana kerajaan. Ia dilihat untuk menyelamatkan Peter Sondakh, seorang ahli perniagaan Indonesia yang mempunyai hubungan politik kuat di Malaysia. –

Tiada ulasan: