Sabtu, 17 Februari 2018

Semasa zaman Dr Mahathir, dia akan pancung kita – Nazri



Muhamad Izwan Mohd Zubit



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bercakap pada sidang media ketika hadir program Iftar @ KL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR
 

KUALA LUMPUR – Penentang akan dipancung ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad jika mereka melawan kerajaan seperti sekarang, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.


Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed 
Nazri Abdul Aziz bercakap pada sidang media.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu membuat perbandingan semasa era Dr Mahathir dengan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya lebih terbuka dan tidak menekan kumpulan penentang seperti yang pernah dilakukan oleh bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

“Saya sampai sekarang ikut apa yang dia ajar, tetapi sekarang dia buat benda-benda yang tidak betul, saya tak boleh duduk diam.

“Sebab saya masih hidup dan saya masih ingat lagi, saya tak lupa apa yang dia ajar. Sebab itu saya boleh serang dia, sebab dia tahu saya tahu.

“Jadi saya nak beritahu banyak benda yang Mahathir buat sekarang, kalau kita buat zaman dia jadi perdana menteri dia akan pancung kita,” beliau dipetik berkata dalam satu forum malam tadi.

Nazri berkata, jika Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu mengkritiknya kerana kurang ajar, sikap tersebut sebenarnya diajar oleh beliau sendiri kepadanya sepanjang lima tahun mengganggotai Kabinet Dr Mahathir.

“Mahathir masa dia jadi perdana menteri dan presiden UMNO, dia cakap semua baik.

“Dulu Tun (Mahathir) pernah ajar saya apa yang saya perlu buat. Saya jadi menteri umur saya 44 tahun, lima tahun bawah dia.

Semua dia ajar saya, termasuk kalau hari ini saya kurang ajar, dia ajar saya kurang ajar. Jadi jangan marah saya,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: