Ahad, 18 Februari 2018

Saya Tak Percaya Akhirnya Wan Azizah Melutut Kepada Tun Mahathir -Ustaz Mokhtar Senik

 
 


Daripada menerajui sebuah sebuah parti Keadilan yang memperjuangkan reformasi sejak hampir 19 tahun, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa kembali melutut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 2 September 1998, Wan Azizah bersama penyokongnya menubuhkan Parti KeADILan Nasional (PKN) sebagai flatform untuk membantah tindakan Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri memecat suaminya, Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

PKN diubah nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Ogos 2003 apabila parti Keadilan itu bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Walaupun bertukar nama, namun parti itu masih dipimpin oleh Wan Azizah dengan membawa obor penjuangan yang sama-reformasi-untuk menjatuhkan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, perubahan politik berubah pada 20 Mac 2017 apabila Pakatan Harapan (PH) telah menerima kemasukan PPBM, parti baharu yang diketuai oleh Dr Mahathir sebagai anggota parti keempat gabungan itu.

Sebelum kemasukan PPBM, PH hanya dianggotai tiga parti, iaitu DAP, PKR dan PAN dan Wan Azizah dipilih sebagai Pengerusi PH, sungguhpun DAP lebih dominan dalam gabungan tersebut.

Kira-kira beberapa bulan selepas kemasukan PPBM menjadi anggota kerabat PH, Wan Azizah telah disingkir daripada menjadi Pengerusi PH dan jawatan itu telah diserahkan kepada Dr Mahathir pada 14 Julai 2017.

Pada 7 Januari 2018, sekali lagi nama Dr Mahathir dicanang sebagai bakal Perdana Menteri jika PH kembali memerintah.

Adalah dipercayai kenaikan dan penyingkiran jawatan Wan Azizah ditentukan oleh parti dominan dalam PH, iaitu DAP. Perkara yang sama juga berlaku kepada Dr Mahathir, di mana lobi DAP merupakan penentu jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan calon PM.

“Sebenarnya saya tidak percaya beliau (Wan Azizah) dan keluarga menyokong dan berpihak kepada Tun Mahathir, memandangkan kerja buat Mahathir terhadap DSAI (Anwar).

“Tetapi kerana tidak mampu menongkah arus DAP, PAN dan sebahagian ahli dan pimpinan PKR sendiri yang cenderung kepada strategi politik Mahathir.

“Maka terpaksalah ludah Mahathir dijilat penuh meloya. Anwar sendiri yang merengkok dalam penjara terpaksa tunduk kepada Tun Mahathir.

“Dengan sokongan padu PKR, DAP dan parti pinggiran PAN, Mahathir sudah semakin dekat untuk mencapai cita-citanya (untuk) MEMPERTAHANKAN UMNO,” kata Ustaz Mokhtar Senik, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS pusat dalam Facebook.



Ustaz Mokhtar yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata demikian ketika mengulas satu poster Wan Azizah yang bertulis “Parti Islam PAS sudah berkubur di Selangor. Semua DUN PAS Selangor tiada lagi peruntukan bajet.”

“Saya suka kalau presiden PKR ini ulang lagi ucapan yang sama berulang kali. Kerananya menyebabkan petugas-petuga PAS yang pernah berhujan panas bantu PKR dalam PRU, mereka yang pernah bermandi water canon, mereka yang pernah kena balun dengan cotar FRU kerana membela DSAI satu ketika dulu akan semakin MELUAT dengan PKR yang lupa daratan.

“Dalam masa yang sama ahli-ahli PKR juga turut menyampah dengan sikap sebegini,”katanya lagi.

PKR Isytihar Perang Terhadap PAS Bila Sekat Peruntukan – Ustaz Mokhtar Senik

Tiada ulasan: