Ahad, 25 Februari 2018

Rimas dengan dakwaan Pas terima duit Umno, ahli Pas buat laporan polis

AKHBAR RAKYAT


Rimas dengan dakwaan “Pas mengambil duit Umno” yang dibuat seorang aktivis AMANAH, seorang anggota Pas Terengganu telah membuat laporan polis bagi membolehkan dakwaan itu disiasat pihak berkuasa.

Dalam satu ‘kenyataan media personal’ di laman FB beliau, ahli Pas yang dikenali sebagai Ibrahim Harun itu telah membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu, 21 Feb lalu.

Menurut Ibrahim, laporan polis itu dibuat berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis AMANAH (disebut PAN) yang “berbaur hasutan dan fitnah terhadap Pas”.

“Hari ini, saya telah ke balai polis untuk membuat satu laporan polis terhadap Asmaaliff Abdul Adam di atas posting beliau berkaitan dengan fitnah terbaru parti PAN seperti mana poster tersebut.

“Dalam penyataan itu, beliau telah mengakui ianya benar serta mempunyai bukti dan rakaman berkaitan dengannya, apabila diajukan soalan tetangnya, adakah benar atau tidak, beliau menjawab ‘ya, saya setuju dengan penyataan ini’ ujar beliau.
“Setelah mendapatkan beberapa nasihat dari pengamal undang-undang, saya tanpa ragu-ragu untuk membuat satu laporan polis bagi menyiasat penyataan tersebut yang meragukan serta berniat tidak baik terhadap parti Pas,” ujar Ibrahim di laman FB.

 
Menurut Ibrahim, sebagai ahli Pas, beliau tidak sesekali mengizinkan sesiapa sahaja mencemarkan imej Pas dengan “fitnah-fitnah seperti tersebut” malah memandang berat dakwaan itu kerana dibuat oleh “seorang agamawan PAN”.

Beliau turut menyifatkan dakwaan Asmaaliff itu sebagai “melampau dengan status beliau sebagai seorang bergelar ustaz yang menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meragukan”.
Status Ibrahim mendapat reaksi daripada netizen dengan komen pelbagai.

Mohd Arif menulis, “90 juta tu bila pan nak report lama dah tunggu ni.”

Abd Hamid mencoret, “mmgaji mne ustz ni n x lykke dipnggil ustz?”

M Ridhuan Nor menambah, “Mcm2 cara melayu parti Pan ni memfitnah Pas. Sian tak kenal dosa pahala sungguh
.”
Bagaimanapun seorang netizen Muhammad Khaidi Hamzah menulis di ruangan komen, “Saya ada bukti & rakaman, jangan risau… Apa lagi dedahlah, kite lame doh nungu…”



Tiada ulasan: