Selasa, 27 Februari 2018

PRU14: Kenapa rakyat perlu sokong PAS

DETIK DAILY


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

 KUALA NERUS: Rakyat dan pengundi mesti menyokong dan memilih PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, bukan kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) berdasarkan track record.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Hanafi Syeikh Hassan berkata PAS mempunyai track rekod yang cemerlang memerintah kerajaan Kelantan selama 27 tahun.

Malah, katanya PAS juga pernah memerintah Terengganu dan Kedah satu penggal termasuk Perak ketika kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita PAS telah ada track rekod itu yang cemerlang. Kita pernah memerintah Terengganu satu penggal dan 27 tahun memerintah Kelantan.

"Kita (PAS) pernah memerintah Kedah satu penggal dan memimpin Perak sebelum dijatuhkan termasuk bersama memimpin Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mudah-mudahan modal ini benar-benar berjaya dipasarkan dan diterima oleh masyarakat rakyat. Inilah (PAS) pilihan terbaik, apatah lagi sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi mata rantai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Chit-Chat Bersama Ustaz Syeikh Hanafi Sempena Fastaqim Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, di perkarangan Pasti Al-Husna, Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin dahulu.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN dan Pakatan Harapan pula mempunyai track rekod yang tidak baik untuk dipilih serta wajar direhatkan.

Sehubungan itu, Syeikh Hanafi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu yakin PRU14 ini bakal berlaku satu perubahan yang besar dinamakan Tsunami politik.

"Saya percaya Pemuda Dun Seberang Takir ini juga tidak kurang tahap keinginan untuk berubah ini. Bila kita hendak buat perubahan apa yang hendak dijanjikan kepada rakyat?

"Umno-BN dengan Transformasi Negara (TN50) dan parti ini telah rakyat beri peluang memerintah puluhan tahun. Maka, sudah tiba masanya untuk rakyat beri rehat kepada Umno-BN pada pilihan raya kali ini.

"Adapun Pakatan Harapan pula, tidak mempunyai agenda yang baik. Apatah bekas diktator ketuanya hendak dijadikan Perdana Menteri Malaysia semula.

"Apa yang kita hendak harapkan kepada orang (pemimpin) yang telah ada track rekod politiknya selama 22 tahun jadi PM (Tun Dr Mahathir)," tegasnya.

Beliau turut mengakui keupayaan PAS yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.

"Apa buktinya? Bukti paling besar ialah tidak pernah ada seorang pun pimpinan-pimpinan kita (PAS) kerajaan di Kelantan yang didakwa rasuah dan inilah ibu segala ibu mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.

"Kerajaan yang berintegriti dan inilah yang kita (PAS) hendak pasarkan kepada rakyat. InsyaAllah, jika berlaku perubahan sungguh baik di peringkat negeri mahupun pusat," jelasnya. Moderator program itu, Raja Arizal Raja Arif dan hadir sama Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.-H/D

Tiada ulasan: