Rabu, 14 Februari 2018

Projek Terowong P.Pinang Tak Wujud, Hanya ‘Scam’ Hartanah Terbesar Malaysia?

 
 


Satu demi satu keraguan muncul dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion kerajaan DAP Pulau Pinang semenjak ianya dilancarkan pada 2013.

Bermula dari bayaran diluar kebiasaaan mahal, RM304.9 juta bagi mengeluarkan senaskhah kertas kerja kajian kebolehlaksanaan pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, kepada isu syarikat komponen konglomerat yang ditugaskan menjalankan projek mega tersebut.

Disebalik keraguan-keraguan berkenaan, maka muncul persoalan mega samaada Projek Terowong Dasar Laut ini merupakan skandal penipuan besar-besaran kerajaan negeri Pulau Pinang teraju Ketua Menterinya merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?

Penganalisis politik Raggie Jessy mendakwa, Guan Eng sebenarnya langsung tidak berniat untuk membina projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dihubungkan ke terowong berkenaan.

“Walaubagaimanapun, apabila diserang, anda (Guan Eng) membuat keputusan untuk mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertengkaran dengan mendakwa Perdana Menteri membantu Gerakan dan MCA merosakkan reputasi anda?

“Tapi apa kaitan Najib dengan kes ini? Adakah beliau yang memperdaya CRCC sehingga mereka fikirkan akan diberi bayaran penuh RM69 juta?” soalnya dipetik blog The Third Force.

Bayaran RM69 juta (USD22 juta) kepada China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dimaksudkan Raggie adalah upah untuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang merupakan sebahagian daripada peruntukan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM304.9 juta.

Namun, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, CRCC hanya diberi bayaran RM3 juta sahaja semenjak projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat konglomerat pelaksana projek tujuan khas (SPV) itu, lima tahun lalu.

Sungguhpun benar dakwaan kerajaan negeri bahawa CRCC dibayar RM69 juta, baki bayaran kajian kebolehlaksanaan RM236 juta kata Raggie, masih terlalu besar dan melampau mahal bagi projek berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof turut mempertikaikan mengapa kerajaan negeri membuat pembayaran kepada syarikat konsesi pada 2013 sedangkan hasrat mereka untuk melaksanakan projek berkenaan pada 2023.

Exco kerajaan negeri, Lim Hock Eng pada sidang DUN mengakui bayaran sebanyak RM219.99 juta sudah diserahkan bagi menjalankan kajian dan agihan RM208.75 juta diserahkan kepada Zenith Construction Sdn Bhd sementara baki RM11.23 juta kepada HSS Intergrated Sdn Bhd.

Guan Eng juga mengakui bayaran RM208.75 juta kepada Zenith adalah dalam bentuk penyerahan dua lot tanah persisir pantai berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri Tanjung, Pulau Pinang milik kerajaan negeri kepada Zenith.

The Star dalam pada itu melaporkan, tanah tersebut dijual semula kepada syarikat pemaju dengan nilai 10 jali ganda lebih mahal iaitu RM2.83 bilion bagi projek pembangunan perumahan ‘super’ mewah dengan nilai pembangunan anggaran RM15 bilion.

“Jadi jelaskan kepada saya, Guan Eng, mengapa CRCC cuma dibayar RM3 juta semenjak projek tersebut mula?

“Bukankah jelas bahawa anda tiada niat untuk membina tiga batang jalan dan terowong dasar laut?” tegas Raggie.- mD

Tiada ulasan: