Ahad, 25 Februari 2018

Media tidak lapor ‘dedak’ bersekongkol dengan Umno-BN, kata Mukhriz

AKHBAR RAKYAT 


Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menempelak wartawan News Strait Times apabila didapati mengajukan soalan di luar konteks sidang media diadakan hari ini.

“Kalau media tidak beri liputan yang  sepatutnya kepada kes ini maka media bersekongkol dengan Umno dan BN,” ujarnya tanpa mahu melayan soalan wartawan tersebut, telah  mendapat tepukan di kalangan ahli parti yang menyaksikan sidang media diadakan di ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Mukhriz memaklumkan partinya sebelum ini telah membuat sidang media sama berkaitan dengan sogokan dedak  kepada ahli Bersatu tetapi ia tidak mendapat liputan meluas sebahagian media yang hadir dalam sidang media diadakan parti itu sebelum ini.

“Kita telah keluarkan kenyataan media sebanyak 3 kali.Tetapi tidak mendapat liputan sewajarnya kepada media.

“Saya ingin bertanya balik adakah media serius mengambil perkara ini, seperti rasuah sebagai gejala yang perlu dibanteras?” soalnya kembali di hadapan lebih 10 wartawan daripada pelbagai media yang hadir membuat liputan sidang media diadakan .

Sidang media hari ini diadakan untuk  mendedahkan identiti pengadu dan suspek berkaitan sogokan dedak kepada ahli parti itu dalam Operasi Dedak  yang telah dilakukan pada 5 Februari lalu.

Selain  memaklumkan  tempoh tujuh hari diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk memberi maklumat secara rasmi kepada parti dan orang awam mengenai hasil siasatan dan tangkapan yang telah dilakukan pada tarikh sama yang masih tidak dimaklumkan secara rasmi oleh SPRM.

Tiada ulasan: