Selasa, 20 Februari 2018

MCA terpaksa jaja cerita dongeng demi sokongan pengundi Cina


Roketkini.com 

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dibidas ekoran kenyataan terbarunya melaga-lagakan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) menggunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi Cina.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, tindakan Wee yang dilihat masih terperangkap dalam kepompong “kotak politik Cina” jelas bertujuan menanam ketakutan kepada pengundi Cina yang sudah beralih arah kepada pembangkang.

Beliau mengulas wawancara eksklusif Wee disiarkan akhbar China Press yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mungkin bekerjasama dengan “pembangkang terkuat” UMNO jika tidak cukup kerusi dalam kerajaan baru HARAPAN.

Wawancara itu juga melaporkan jika MCA tewas dan Umno kekal berkuasa, DAP mungkin bekerjasama dengan Umno dan menggantikan tempat MCA sebagai sekutu utamanya.

“Pertama sekali, bila Umno hilang kuasa, ini bermakna Umno tidak lagi memiliki sekurang-kurangnya 40 dari 88 kerusi pusat yang dimenangi pada 2013. Ini bermaksud parti-parti komponen Pakatan Harapan menang semua kerusi itu.

“Ketika itu, tiada keperluan anggota parlimen UMNO lompat parti, kerana HARAPAN sudah memperoleh majoriti. Pada ketika itu, UMNO akan jadi pembangkang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kluang.

Wee turut dilaporkan mendakwa bahawa PRU akan datang merupakan referendum penolakan masyarakat Cina terhadap Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percaya beliau”. – Roketkini.com

 

Tiada ulasan: