Jumaat, 23 Februari 2018

Majlis Syura PAS lulus 90 peratus senarai calon PRU14

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS telah meluluskan 90 peratus senarai calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya dua atau tiga nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh malam tadi.
 
Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu.
 
 

Tiada ulasan: