Ahad, 18 Februari 2018

Lebuh raya utama mulai bergerak perlahan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 4 petang Ahad berikutan pertambahan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.
 
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di kawasan utara, trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Hentian Tikam Batu ke Bertam, Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Jawi.
 
"Trafik turut perlahan di Changkat Jering menuju ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Jelapang, Ipoh ke Gopeng sehingga Sungkai dan Bukit Beruntung menuju Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.  
 
Di kawasan selatan pula, trafik perlahan dari Hentian Pedas  Linggi ke Port Dickson, Pagoh ke Simpang Ampat dan Sedenak menuju ke Kulai.
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran  trafik perlahan dari Karak menuju ke Bentong sehingga ke Bukit Tinggi manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

Tiada ulasan: