Ahad, 18 Februari 2018

“Komen Anda Semua Macam F-ck” – Aliff Syukri



MYNEWSHUB



FILEM Badang yang merupakan penampilan sulung ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di dalam sebuah filem ternyata tidak disenangi ramai.

 

Pelbagai kritikan yang diterima olehnya kerana perwatakan ‘lembut’ semulajadinya itu langsung tidak sesuai dengan watak Badang yang merupakan karakter dalam mitos Melayu yang gagah perkasa.

Meluahkan rasa terkilannya di Instagram, Aliff berkata beliau lebih kecewa apabila hentaman yang diterima olehnya itu turut datang daripada mereka yang langsung tidak menonton filem tersebut.




“Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?

“Kalau tak suka tak payah follow, hargai bakat saya bukannya kecam saya.

“Yang tidak menonton lagi tapi mengutuk tu memang tak boleh nak buat apa sebab memang kategori kaki kecam,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Aliff menafikan beliau tidak boleh ditegur.

Malah, katanya, dia bersifat terbuka untuk menerima kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.

Beliau turut berasa gembira kerana ada juga yang menghargai filem tersebut dengan menontonnya di pawagam dan memberikan respon positif terhadapnya.

“Alhamdulillah walaupun ramai tak suka ada juga yang dah tengok dan sokong. Terima kasih kepada yang menonton.

“Pujian atau kecaman saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Badang adalah arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: